Pada 26.10.2009, Saya telah membaca buku yang bertajuk:
Misteri, Aneh dan Ganjil - Bukti Keagungan Allah
Oleh : Abu Talhah Iqamuddin
Ulasan : Muka surat buku ini setebal 267 muka surat yang mengandungi perkara aneh yang berlaku pada zaman ini. Saya membaca buku ini dengan penuh khusyuk membaca sehingga saya merasa dunia hampir kiamat. Antara perkara yang pelik, aneh dan misteri yang ditonjolkan dalam buku ini ialah mengenai gambar Masjidil Haram & Masjid Nabawi yang bercahaya bagai bintang dilihat dari satelit di angkasa lepas. Fenomena ini menunjukkan kehebatan & kemuliaan dua masjid agung di dunia ini. SubhanaAllah !!!
Saya berharap Tuan-tuan dapat membaca dengan penuh teliti kerana ia memberi keinsafan kepada mereka yang inginkan keinsafan.