21 Julai 2010

JELAJAH AMAR - 2010







Pada 17.7.2010 , Saya telah menghadiri Motivasi Amar. Saya buat kali ke-2. saya
macam tidak percaya Amar atau nama sebenarnya Arif Muazzim Abdul Rahman.
telah datang ke SMKKS Kulai, Johor. Turut berada disitu ialah kumpulan Imtiyaaz
yang menyanyikan lagu nasyid tersebut. Saya di undang untuk nyanyikan lagu Amar yang
bertajuk ''SAHABAT''.


29 Jun 2010

JELAJAH MISTI KG SERI PAYA,KULAIJAYA



Pada 14 Mei 2010 , saya menghadiri Jelajah MISTI bagi tahun 2010 yang di sempurnakan oleh Tunku Zahrah Tunku Othman . Pada masa itu juga , Saya melihat pameran komputer , perubatan , dan makanan untuk dipamerkan. Saya rasa teruja melihat telatah peserta dalam pertandingan tersebut serta dapat hadiah yang lumayan. Hahaha

09 April 2010

KHAN YOUNIS OLEH IYA


KHAN YOUNIS

Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Khan Younis doamu tulus
Khan Younis Khan Younis


By Iya

12 Februari 2010

Sembahyang sehari semalam umpama mandi lima kali sehari


Jabir r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : ''Lima kali solat setiap hari itu seumpama sebuah anak sungai yang mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi lima kali sehari''.
Abu Hurairah r.a menceritakan Rasulullah s.a.w pernah tanya pada sahabatnya :
''Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali
sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?
Jawab para sahabat: Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya.''
Sabda Rasulullah s.a.w : ''Begitulah umpama kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari.
Dengan limpah rahmat Allah ia menghapuskan segala dosa.''

26 Januari 2010

SULTAN ISKANDAR SULTAN BERJIWA RAKYAT


DENGAN DUKACITANYA MEMAKLUMKAN BAHAWA D.Y.M.M ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI
ALMARHUM SULTAN ISMAIL TELAH MANGKAT PADA PUKUL 7.15 MALAM PADA 22.1.2010 DI HOSPITAL PAKAR PUTERI , JOHOR BAHRU , JOHOR . SEMOGA ROH ALMARHUM DICUCURI RAHMAT . AL-FATIHAH.

22 Januari 2010

Cikgu Ismail yang dikasihi





Cikgu Ismail ialah seorang yang sensitif bila nak berkerja dan penyayang bila bertemu dengan saya. Dia ialah seorang ahli NPQEL kumpulan 2/2009 yang lepas. Laman web ialah
http://npqel22009iab.blogspot.com/ . jikalau nak tahu tentang dia, hubungi di talian 013-7040404. Kalau ada masa, telefonlah dia

11 Januari 2010

Tabung Sumbangan Rakyat Gaza-SMK KELAPA SAWIT DENGAN PIHAK NST Sdn Bhd


Pada 16.1.2009....Saya telah pergi ke sekolah untuk menghadiri majlis iaitu Tabung Kemanusiaan Rakyat Gaza. Saya masa itu memberi sokongan padu untuk membantu rakyat bumi Gaza yang di tindas oleh penjajahan Zionis untuk membebaskan kota Palestin daripada belenggu penjajahan Israel. Saya telah dapat menangkap gambar tetapi hanya nampak muka saya yang kanan sekali di belakang. Pada itu juga sumbangan cek yang telah diberikan itu di salurkan kepada pihak nstp sebanyak RM 4000.00 ringgit

02 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010









Saya mengucapkan Selamat Tahun baru 2010 kepada semua yang telah memberi sokongan padu kepada anda semua...... Terima Kasih.