07 Disember 2009

BERTEMU PROF. HAJI MORSIN PARMAN



Pada : 7.12.2009 (Isnin), saya telah mengikut cikgu Ismail untuk menemui seorang bekas professor Universiti Teknologi Malaysia, Skudai iaitu Profesor Haji Morsin bin Peraman @ Parman. Beliau telah diundang oleh cikgu ismail untuk memberikan ceramah motivasi di sekolah. Cikgu Ismail berbincang tentang ceramah yang akan diadakan, khususnya dari segi tarikh dan masa serta pengisian ceramah. Pada pertemuan tersebut, saya mendapati Tuan Haji Morsin seorang yang hebat dan sememangnya layak digelar professor. Tutur kata, cara beliau bercakap dan gayanya menarik perhatian saya. Saya amat meminatinya. Sekarang beliau telah bersara dan sekali-sekala beliau akan memenuhi undangan untuk memberi kulian dan ceramah motivasi kepada pihak UTM dan agensi profesional. Beliau tinggal di Bukit Batu, Kelapa Sawit dan rumah beliau sangat cantik, besar dan berada di atas bukit dan sememangnya amat menyegarkan.

MELAWAT KAMPUNG PARIT SAIDI, SENGGARANG


Pada : 2.12.2009 (Rabu) saya telah mengikut cikgu Ismail balik ke kampung beliau di Kampung Parit Said, Senggarang. Rumah beliau agak jauh masuk ikut jalan Parit Botak di mana sepanjang jalan tersebut kiri kanan jalan dipenuhi dengan dengan pokok pisang. Keunikan pokok pisang ialah tiada siapa yang berhak mengaku memiliki pokok pisang tersebut sebab sesiapa sahaja yang berminat untuk menebang pisang, boleh tebang bila-bila masa sahaja … tiada siapa yang melarang. Rumah cikgu Ismail agak sunyi sebab rumah tersebut sudah 5 tahun ditinggalkan kosong tidak berpenghuni. Saya sendiri turut seram naik bulu roma bila masuk ke dalam rumah tersebut. Namun dengan adanya seorang lagi anak orang kampung yang baik dengan cikgu Ismail iaitu Katit namanya, maka saya memberanikan diri melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dalam pada itu cikgu Ismail sempat mengemas, menyapu dan membersihkan rumah peninggalan arwah ayah dan ibunya. Beliau sempat menyelongkar dan mencari bahan-bahan lama peninggalan ibu bapanya dan akhirnya beliau menemui lesung dan alu serta pengiling batu yang sudah berusia lebih 100 tahun. Menurut cikgu Ismail, batu-batu tersebut adalah kepunyaan datuknya.

Banyak lagi barang-barang antik dan lama yang akan cikgu Ismail bawa pulang ke Kulai tetapi buat masa ini … hanya lesung dan alu sahaha. Ada lagi keris dan pedang lama yang akan diambil kemudian nanti. Saya dapat hadiah sebuah tasbih lama. Kata cikgu Ismail … tasbih itu adalah milik datuknya, berusia lebih 100 tahun juga. Banyak kegunaannya … Kalau tasbih tu dilibas sebelah kiri kepada seseorang, orang tersebut boleh jadi pengsan. Kalau dilibas sebelah kanan, boleh jadi sewel … tapi kalau dilibas di atas kepala … boleh jadi Innalillahiwainnailahirooojiuuunnnn …cikgu Ismail tidak berbohong.

Selepas puas mengeledah rumah cikgu Ismail, saya bersama Katit dan cikgu Ismail makan mee goreng mamak di pekan Senggarang. Kemudian kami balik semula ke rumah cikgu Ismail untuk meneruskan mencari dokumen yang belum dijumpai termasuk sebutir pingat kebesaran dari Sultan Johor. Sampai sekarang masih belum dijumpainya.

Menjelang jam 5.00 petang saya mengikut cikgu Ismail balik ke Kulai mengikut jalan pintas iaitu melalui Kampung Seri Rejo Sari, Kampung Punggur, Perepat, Tampok, Bagan dan akhirnya tembus di Parit Madirono. Menurut cikgu Ismail, sebelah kampung Madirono ada sebuah kampung iaitu kampung Madirene. Kemudian kami meneruskan perjalanan balik melalui Felda Bukit Batu. Sepanjang perjalanan tersebut kami melihat pemandangan yang sangat cantik iaitu ladang nanas, berkeluasan beribu ekar. Memang cantik pemandangan tersebut. Akhirnya kami balik sampai rumah di Kelapa sawit dan Kulai.

Kenangan berada di rumah kampung cikgu Ismail cukup seronok kerana suasananya sejuk, segar, nyaman dan berangin tapi agak menyeramkan kerana rumah itu telah ditinggalkann lama sejak 5-6 tahun dahulu. Saya puji kepada cikgu Ismail kerana beliau seorang yang sayang dengan suasana kampung tersebut. Cikgu Ismail berjanji akan membawa saya balik kampung bila musin buah-buahan. Saya nampak ada 50 pokok durian dan 20 pokok manggis dan banyak lagi pokok rambutan pelbagai jenis. Saya sempat memetik buah jambu merah yang sangat manis dan tiada biji serta tiada ulat pun. Memang sedap.
Sesiapa yang berminat untuk menginap di rumah cikgu Ismail, boleh menghubungi saya. Kata cikgu Ismail, menginap free. Tapi kalau jumpa apa-apa, cikgu Ismail tidak bertanggungjawab.

02 Disember 2009

Gambar Bersama Cik Zahizan














Pada 1.12.2009 … saya telah berkenalan dengan seorang bakal pengetua pelatih NPQEL IAB Genting Highlands iaitu Sdri. Zahizan binti Hasrin. Beliau ada urusan rasmi di sekolah tetapi beliau sempat meluangkan masa untuk berkenalan, berbual mesra dan berborak dengan saya. Sempat juga beliau menunjuk ajar bagaimana untuk menguruskan blog ini dengan betul. Beliau juga telah menginvite saya untuk masuk dalam facebook beliau. Selepas itu saya bersama cikgu Zahizan telah minum teh tarik di Restoren Tasik, pekan Kelapa Sawit. Walaupun dapat berkenalan hanya sekitar 1-2 jam, saya dapati beliau sangat peramah dan baik hati orangnya. Beliau kelihatan profesional dalam tugasnya dan sentiasa memberi motivasi kepada saya. Maklumlah … bakal jadi pengetua. Saya mengucapkan terima kasih di atas jasa baik beliau dengan menunjuk ajar membuat blog dan memasukkan nama saya dalam facebook beliau.