23 Disember 2011
Kenangan SMK Kelapa Sawit 2007-2011
Program Imam Palestin & Haluan di Masjid Kampung Sri Paya
Pada 13 Ogos 2011, Saya bertemu dengan Imam Palestin , Syeikh Abdullah , Dia adalah tetamu Allah di Kampung Sri Paya untuk beramah mesra dengan penduduk kampung. Saya berasa bertuah kerana bertemu Imam Palestin Ini. Menurut dia , dia pernah menceritakan pengalaman sesuatu ketika dia berada di Palestin , kehidupan mereka susah kerana dia tak dapat perolehi makanan kerana disekat oleh Bani Israel. Saya amat Terpegun melihat membaca ayat suci al-quran melebihi Syeikh Abdul Rahman As-Sudais.
29 September 2011
Kata-kata Do
10 Julai 2011
KERJA SAMBILAN-Menjana pendapatan antara Rm500 hingga Rm3000 sebulan
CEPAT !! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!! ajaklah kawan-kawan anda menyertai ini.
11 Jun 2011
SAJAK : AIR MATA MATAHARI TERBIT
Tanggal sebelas Mac,
Mengingatkan diriku,
Tentang kawan-kawanku
Yang hari itu juga,
Adalah sejarah hitam,
Buat Matahari Terbit,
Dimana dirinya,
Hidup dengan penuh,
Cabaran dan dugaan.
Ku melihat kawan-kawanku,
Terbunuh dalam tragedi hitam,
Ombak besar Tsunami,
Gempa bumi Fukushima,
Serta ancaman radiasi radioaktif,
Pada masa itu aku bersedih,
Mendengar layang-layang,
Terputus pangkal talinya jua,
Yang mana diri mereka,
Putus semua bekalan asas,
Putus semua kasih sayang,
Putus semua alam persahabatan,
Putus semua alam dunia,
Serta putus semua alam fantasi.
Ku melihat kawan-kawanku,
Leka dengan kesenangan dunia,
Leka dengan kesibukan duniawi,
Leka dengan kesibukan keseronokan hiburan,
Serta leka dengan kepatuhan agama.
Mengapa mereka sanggup begitu,
Sehingga banyak manusia terkorban,
Dibumi Matahari Terbit,
Yang mereka disayangi,
Serta mereka disanjungi,
Sehinggakan banyak tempat,
Yang didirikan itu,
Menjadi padang jarak,
Padang terkukur.
Wahai kawan-kawanku,
Insafilah, berfikirlah,
Hayatilah, bangkitlah,
Dari tempat tidur,
Untuk kita semua bangun,
Menginsafi kelemahan kita,
Bagaikan kita telah selamatkan,
Keimanan, ketakwaan.
Dalam satu sanubari hidup,
Untuk tatapan generasi,
anak cucu mereka,
Yang akan diulang.
Mereka berkata,
Matahari Terbit,
Bagaikan seekor Singa,
Yang memakan semua daging,
Tetapi kita mesti ingat,
Bumi inii semakin lama,
Semakin jauh pemikiran hati,
Untuk menjawab persoalan,
Yang menggores hati,
Mampukah kita menjawab,
Persoalan didalam kubur nanti,
Ataupun kita,
Hidup dalam lembah kehinaan.
Ingatlah kawan-kawanku,
Hulurkanlah hartamu,
Untuk membangunkan,
Kegemilangan Empayar,
Matahari Terbit,
Suatu hari nanti.