مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan:
1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’ Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!
7) SIROTHOLLAZI. …. sehingga habis, hendaklah dibaca tanpa henti.
AMIN. hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian: Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
JAWAPAN daripada UmmuWaheedah yang saya terima:
Wa’alaikumussalam wmt.,
Alhamdulillah soalan yg baik. Email begini memang laris disebarkan demi memenuhi tuntutan menyerbarkan ilmu walau satu ayat. Masalahnya yang jadi ‘forwading agent’ adakalanya bukan orang yang mendapat ilmu daripada guru, dia cuma forward apa yang di’forward’ kepadanya. Bila ditanya balik, mereka tak dapat jawap, cuma akan respon “saya forward jer….” Sebaiknya kita baca dan fahami, kalau tak faham kita tanya dulu sebelum forward kepada yang lain.
1. al lahnul jali – kesalahan nyata yg membawa perbezaan makna, hukumnya haram dan berdosa. Ini termasulah mengubah huruf dan baris.
Jumlah ayat dalam Al-Fatihah ialah 7 termasuk Bismillah, membaca ‘ta’auz (iaitu ‘auzubillah.. .) adalah sunat muakkad bagi surah Al-Fatihah. Membaca Bismillah adalah wajib. Bila menyebut Bismillah, perlu ditekankan huruf ‘ba’, mesti jelas ‘bis’ itu. Kalau kita cincai bismi jadi ismi. Bismillah maknanya dengan nama Allah, Ismillah maknanya nama saya Allah. Kan dah ubah makna? Lagi satu hirrohman nir rohim… kena sebut betul rohim bukan rojim. Rohim makna penyayang, rojim makna yg direjam.
‘alamin – nyatakan huruf ‘ain bukan huruh alif (biasakan dengar orang arab sebut ‘ain)
mustakim, huruf ta kena baca nipis, jangan baca mustokim.
7-ayat 7 صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Boleh berhenti kalau tak cukup panjang nafas. Berhenti pada ‘alaihim yg pertama:-
Kalau kita berhenti sebelum walad dhollin.. makna ayat itu tak tepat. Cuba semak erti/makna ayat tu/ semak di sini www.bicarasufi. com. an ‘amta… Baca betul betul. an- sebut huruf alif. amta sebut huruf ain, jangan baca ‘an amta atau ‘an ‘amta Sekianlah yang dapat dijawap. Jika ada yang nak menambah, silakan.
Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Salman bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu membenci bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, maka dia kafir.” (Hadis Riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Assalamualaikum,Saya tak nak komen perkara-perkara yang 1 – 7 kerana tidak punya info lanjut tentang “dakwaan” ini. Tetapi suka saya sentuh tentang perkara #8 berkenaan kadar harkat untuk kalimah AMIN tersebut.
Sukuan MIN jika mengikut Riwayat Hafsh (riwayat yang umumnya digunakan di Malaysia) perlu dibaca pada kadar harkat 2, 4 atau 6 kerana ianya tertakluk di bawah hukum Mad Arid Lisukun semasa waqaf.
Moralnya di sini suka saya mengajak rakan-rakan semua belajar ilmu membaca al-Quran (makhraj huruf, suara, tajwid dan lain-lain) dengan betul dan berguru. Walau pun belajar ilmu Tajwid ini hukumnya Fardu Kifayah… tetapi yakin dan percayalah tanpa ilmu membaca al-Quran kita tak akan dapat membaca dengan betul dan tepat.
Sedangkan membaca al-Quran dengan cara yang betul hukumnya WAJIB.
Kalau bacaan Al-Fatihah pun dah salah dari segi tajwid, makhraj huruf dan lain-lain… bagaimana kualiti solat kita? Fikir-fikirkanlah. ..
p/s: Kalau ada rakan-rakan di sekitar Senawang, N. Sembilan yang ingin mendalami ilmu membaca al-Quran bolehlah hubungi kami. Sebab kami pun pada masa ini sedang mendalaminya dengan bimbingan seorang guru yang merupakan bekas Qari N. Sembilan.
Nama Syaitan DalamAl-Fatihah
Assalamualaikum
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita
tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan” !!!!
7) SIROTHOLLAZI. ……… … sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.
AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
WALLAHUALAM. …
Tiada ulasan:
Catat Ulasan