07 Disember 2009

BERTEMU PROF. HAJI MORSIN PARMAN



Pada : 7.12.2009 (Isnin), saya telah mengikut cikgu Ismail untuk menemui seorang bekas professor Universiti Teknologi Malaysia, Skudai iaitu Profesor Haji Morsin bin Peraman @ Parman. Beliau telah diundang oleh cikgu ismail untuk memberikan ceramah motivasi di sekolah. Cikgu Ismail berbincang tentang ceramah yang akan diadakan, khususnya dari segi tarikh dan masa serta pengisian ceramah. Pada pertemuan tersebut, saya mendapati Tuan Haji Morsin seorang yang hebat dan sememangnya layak digelar professor. Tutur kata, cara beliau bercakap dan gayanya menarik perhatian saya. Saya amat meminatinya. Sekarang beliau telah bersara dan sekali-sekala beliau akan memenuhi undangan untuk memberi kulian dan ceramah motivasi kepada pihak UTM dan agensi profesional. Beliau tinggal di Bukit Batu, Kelapa Sawit dan rumah beliau sangat cantik, besar dan berada di atas bukit dan sememangnya amat menyegarkan.

MELAWAT KAMPUNG PARIT SAIDI, SENGGARANG


Pada : 2.12.2009 (Rabu) saya telah mengikut cikgu Ismail balik ke kampung beliau di Kampung Parit Said, Senggarang. Rumah beliau agak jauh masuk ikut jalan Parit Botak di mana sepanjang jalan tersebut kiri kanan jalan dipenuhi dengan dengan pokok pisang. Keunikan pokok pisang ialah tiada siapa yang berhak mengaku memiliki pokok pisang tersebut sebab sesiapa sahaja yang berminat untuk menebang pisang, boleh tebang bila-bila masa sahaja … tiada siapa yang melarang. Rumah cikgu Ismail agak sunyi sebab rumah tersebut sudah 5 tahun ditinggalkan kosong tidak berpenghuni. Saya sendiri turut seram naik bulu roma bila masuk ke dalam rumah tersebut. Namun dengan adanya seorang lagi anak orang kampung yang baik dengan cikgu Ismail iaitu Katit namanya, maka saya memberanikan diri melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dalam pada itu cikgu Ismail sempat mengemas, menyapu dan membersihkan rumah peninggalan arwah ayah dan ibunya. Beliau sempat menyelongkar dan mencari bahan-bahan lama peninggalan ibu bapanya dan akhirnya beliau menemui lesung dan alu serta pengiling batu yang sudah berusia lebih 100 tahun. Menurut cikgu Ismail, batu-batu tersebut adalah kepunyaan datuknya.

Banyak lagi barang-barang antik dan lama yang akan cikgu Ismail bawa pulang ke Kulai tetapi buat masa ini … hanya lesung dan alu sahaha. Ada lagi keris dan pedang lama yang akan diambil kemudian nanti. Saya dapat hadiah sebuah tasbih lama. Kata cikgu Ismail … tasbih itu adalah milik datuknya, berusia lebih 100 tahun juga. Banyak kegunaannya … Kalau tasbih tu dilibas sebelah kiri kepada seseorang, orang tersebut boleh jadi pengsan. Kalau dilibas sebelah kanan, boleh jadi sewel … tapi kalau dilibas di atas kepala … boleh jadi Innalillahiwainnailahirooojiuuunnnn …cikgu Ismail tidak berbohong.

Selepas puas mengeledah rumah cikgu Ismail, saya bersama Katit dan cikgu Ismail makan mee goreng mamak di pekan Senggarang. Kemudian kami balik semula ke rumah cikgu Ismail untuk meneruskan mencari dokumen yang belum dijumpai termasuk sebutir pingat kebesaran dari Sultan Johor. Sampai sekarang masih belum dijumpainya.

Menjelang jam 5.00 petang saya mengikut cikgu Ismail balik ke Kulai mengikut jalan pintas iaitu melalui Kampung Seri Rejo Sari, Kampung Punggur, Perepat, Tampok, Bagan dan akhirnya tembus di Parit Madirono. Menurut cikgu Ismail, sebelah kampung Madirono ada sebuah kampung iaitu kampung Madirene. Kemudian kami meneruskan perjalanan balik melalui Felda Bukit Batu. Sepanjang perjalanan tersebut kami melihat pemandangan yang sangat cantik iaitu ladang nanas, berkeluasan beribu ekar. Memang cantik pemandangan tersebut. Akhirnya kami balik sampai rumah di Kelapa sawit dan Kulai.

Kenangan berada di rumah kampung cikgu Ismail cukup seronok kerana suasananya sejuk, segar, nyaman dan berangin tapi agak menyeramkan kerana rumah itu telah ditinggalkann lama sejak 5-6 tahun dahulu. Saya puji kepada cikgu Ismail kerana beliau seorang yang sayang dengan suasana kampung tersebut. Cikgu Ismail berjanji akan membawa saya balik kampung bila musin buah-buahan. Saya nampak ada 50 pokok durian dan 20 pokok manggis dan banyak lagi pokok rambutan pelbagai jenis. Saya sempat memetik buah jambu merah yang sangat manis dan tiada biji serta tiada ulat pun. Memang sedap.
Sesiapa yang berminat untuk menginap di rumah cikgu Ismail, boleh menghubungi saya. Kata cikgu Ismail, menginap free. Tapi kalau jumpa apa-apa, cikgu Ismail tidak bertanggungjawab.

02 Disember 2009

Gambar Bersama Cik Zahizan














Pada 1.12.2009 … saya telah berkenalan dengan seorang bakal pengetua pelatih NPQEL IAB Genting Highlands iaitu Sdri. Zahizan binti Hasrin. Beliau ada urusan rasmi di sekolah tetapi beliau sempat meluangkan masa untuk berkenalan, berbual mesra dan berborak dengan saya. Sempat juga beliau menunjuk ajar bagaimana untuk menguruskan blog ini dengan betul. Beliau juga telah menginvite saya untuk masuk dalam facebook beliau. Selepas itu saya bersama cikgu Zahizan telah minum teh tarik di Restoren Tasik, pekan Kelapa Sawit. Walaupun dapat berkenalan hanya sekitar 1-2 jam, saya dapati beliau sangat peramah dan baik hati orangnya. Beliau kelihatan profesional dalam tugasnya dan sentiasa memberi motivasi kepada saya. Maklumlah … bakal jadi pengetua. Saya mengucapkan terima kasih di atas jasa baik beliau dengan menunjuk ajar membuat blog dan memasukkan nama saya dalam facebook beliau.

25 November 2009

Pesanan Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sijil Penghargaan Kerana Menceriakan Taman Herba


Pada 26.11.2009 (Khamis) ... saya telah mendapat panggilan telefon daripada Cikgu Ismail. Rupa-rupanya ada perkara penting. Bila sampai di sekolah, Cikgu Ismail telah mengucapkan tahniah kepada saya sambil menyampaikan Sijil Penghargaan kerana saya telah membantu Cikgu Ismail dan abang-abang serta kakak Pembantu Makmal menyiapkan dua lot Taman Herba Beraroma di kawasan SMK Kelapa Sawit. Memang benar, sepanjang lepas PMR hari tu ... saya telah membantu Cikgu Ismail menyiapkan Taman Herba Beraroma. Hasilnya, persekitaran sekolah menjadi cantik, indah dan saya merasa bahagia sekali dengan sekolah SMKKS. Saya memuji usaha Cikgu Ismail kerana beliau sangat rajin membuat keceriaan sekolah. Cikgu lain semuanya malas nak turun padang. Asyik duduk dalam bilik guru sahaja. Menurut Cikgu Ismail, taman herba patut diwujudkan kerana generasi sekarang sudah tidak mengenal mana satu pokok tongkat Ali dan mana satu pokok kacip Fatimah, apatah lagi pokok-pokok yang lain. Rakan-rakan di sekolah saya hanya tahu pokok kelapa sawit, sawit, sawit sahaja ... ha ha ha ha ...
Untuk tujuan itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ismail kerana memberi penghargaan kepada saya dan saya akan ingat jasa-jasa beliau. Sesiapa yang ingin berkenalan dengan beliau atau ingin mendapatkan anak pokok serta khasiat pokok herba, bolehlah berhubung dengan saya dan saya akan panjangkan kepada Cikgu Ismail nanti. Awek-awek yang chunnn pun boleh berkenalan dengan Cikgu Ismail ... sebab Cikgu Ismail hensem orangnya ...

24 November 2009

Pengalaman Semasa Pergi Ke Putrajaya

















Pada 17.10.2009 hingga 19.10.2009 saya telah pergi ke Bangi,Selangor, menaiki Kereta berwarna hijau bersama saudara saya, YOSNI NOJANNAH Binti YONG.
Saya pada masa itu saya telah tinggal bersama saudara saya di Bangi berhampiran
dengan asrama UKM. Saya telah sampai di sana kira-kira pukul 1.30 pagi.
Pada petang hari,saya telah pergi ke suatu tempat iaitu Putrajaya sampai di sana kira-kira 5.10 petang.Saya telah berada di perkarangan Pejabat Perdana Menteri & Masjid putra.
Pada masa itu saya telah berjalan singgah-singgah ke Masjid Putra. Di sana, saya telah masuk
dan dapati di dalamnya sejuk sehingga saya hendak tidur di sana. Pada pukul 7.00 malam,
saya telah pergi ke Masjid TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, di Sungai Besi, di sana saya
bersembahyang di sana juga saya melihat arah kiblat semuanya cermin, di kiri kanan saya
semuanya tasik bagaikan taman bunga-bunga. Dan sempat juga saya tangkap gambar di masjid tersebut. Masa saya hendak balik, saya tersesat mencari selipar jepun dan akhirnya saya dapat pentunjuk untuk mencarinya.
Pada akhir sekali saya melawat UKM & Tasik Cempaka di sana saya melihat
semua pemandangan institusi-institusi yang besar-besar sehingga saya berasa membawa tuah. Dan saya bermain di Tasik Cempaka. Di sana, saya melihat habitat flora & fauna
yang bersih. Dan saya balik ke Kulai pada pukul 2.15 pagi.

17 November 2009

Surah Al-Ma’un

: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama??
  2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim,
  3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
  4. Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,
  5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,
  6. orang-orang yang berbuat riak,
  7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

Nama syaitan dalam Al-Fatihah


سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣)
مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)



Nama
Syaitan Dalam Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan:

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’
Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!
7) SIROTHOLLAZI. …. sehingga habis, hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN. hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian: Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

JAWAPAN daripada UmmuWaheedah yang saya terima:

Wa’alaikumussalam wmt.,

Alhamdulillah soalan yg baik. Email begini memang laris disebarkan demi memenuhi tuntutan menyerbarkan ilmu walau satu ayat. Masalahnya yang jadi ‘forwading agent’ adakalanya bukan orang yang mendapat ilmu daripada guru, dia cuma forward apa yang di’forward’ kepadanya. Bila ditanya balik, mereka tak dapat jawap, cuma akan respon “saya forward jer….” Sebaiknya kita baca dan fahami, kalau tak faham kita tanya dulu sebelum forward kepada yang lain.

Pertama sekali saya ingin sarankan kepada semua umat Islam supaya memulakan hari dengan Al-Fatihah, bangun tidur terus baca Al-Fatihah selain doa yg lain. Bila berinteraksi dengan internet, buka PC mainkan MP3 Al-Fatihah, boleh download dari link ini Quranicaudio. Di situ kita latih lidah meniru bacaan mengikut dialek Arab bukan ikut lidah melayu. Kita tingkatkan kualiti bacaan disamping hafazkan maknanya.
Berbalik email yang diberi ini, sebenarnya nak belajar tajwid kena berguru baru betul. Bacaan dan cara sebutan huruf tak sama yang ditulis jawi dengan rumi. Huruf dhal jika di tulis rumi sebagai ‘d’ kurang tepat. Tapi tak mengapalah saya ringkaskan, semoga boleh difahami:
Dalam tajwid ada dua bentuk kesalahan iaitu:

1. al lahnul jali – kesalahan nyata yg membawa perbezaan makna, hukumnya haram dan berdosa. Ini termasulah mengubah huruf dan baris.

2. al lahnul khofi – kesalahan yg tersembunyi yang tidak membawa kepada perubahan makna contohnya kita kurang dengung, terpendek atau terpanjang harkat/kesalahan begini tak membatalkan solat.
1-ayat 1 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Jumlah ayat dalam Al-Fatihah ialah 7 termasuk Bismillah, membaca ‘ta’auz (iaitu ‘auzubillah.. .) adalah sunat muakkad bagi surah Al-Fatihah. Membaca Bismillah adalah wajib. Bila menyebut Bismillah, perlu ditekankan huruf ‘ba’, mesti jelas ‘bis’ itu. Kalau kita cincai bismi jadi ismi. Bismillah maknanya dengan nama Allah, Ismillah maknanya nama saya Allah. Kan dah ubah makna? Lagi satu hirrohman nir rohim… kena sebut betul rohim bukan rojim. Rohim makna penyayang, rojim makna yg direjam.

2-ayat 2 ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Alhamdu perlu diperhatikan huruf kha, bukan ha. Jangan baca alhamda lillah! Alhamdulillah memang ada sabdu pada huruf lam, masukkan huruf lam ke dalam lam yang satu lagi.
‘alamin – nyatakan huruf ‘ain bukan huruh alif (biasakan dengar orang arab sebut ‘ain)
3-ayat 3 ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Seperti nota 1. Sebut betul-betul ‘ar rohim’…. Pastikan mulut tertutup di akhir kalimah.
4-ayat 4 مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
maaliki yau mid-din, ‘ma’ kena panjang 2 harkat, mid-din bukan midin
5-ayat 5 إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Iyyaka na’k budu -beri penekanan kepada ‘iyya’, jelaskan sabdu (syaddah atau tanda tasydid) dan na’ (huruf ain bukan hurif k). Sama penekanannya pada kalimat kedua wa iyyaka nas ta’in (huruf ain).
Tentang khonnas, itu ada dalam surah an-nas, min syarril was wasil khonnas (nama syitan). Saya tak biasa dengar orang silap pada ayat 5, iyya kannas ta’in. Sebenarnya iyyaka satu perkataan maknanya kpd Engkau, huruf ‘ka’ menunjukkan gantinama kedua. Macam sebut ‘alaika maknanya ke atas engkau. Na’budu, na maknanya jamak (ramai-kami) . Na’budu kami mengabdikan/ kami menyembah dari kata ‘abda (ain ba dhal), abdullah maknanya hamba Allah, nasta’in maknanya kami minta pertolongan.
6-ayat 6 ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Baca ihdi nas siro thol. ‘Ih’ bukan ‘eh’, ’siro’, ’si’ berbunyi tebal sebab huruf sod bukan huruf sin. Begitu juga tho kena tebal berbeza dengan ta.
mustakim, huruf ta kena baca nipis, jangan baca mustokim.

7-ayat 7 صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

Boleh berhenti kalau tak cukup panjang nafas. Berhenti pada ‘alaihim yg pertama:-

sirothol lazina an’am ta a’alaim him (berhenti dan ambil nafas, baru sambung seterusnya)
Ghoiril maghdhu bi alaimhim wa lad dhollin, wajib 6 harakat pada lafaz ‘dho’
Kalau kita agak nak sambung tapi terputus, tak boleh curi nafas. Ustaz Zamri (mari mengaji selalu sebut ‘curi’ nafas haram). Kalau terbrek selepas ‘ghairil maghdhu bi ‘alaihim’, berhenti situ ambil nafas dan ulang, ghairil maghdu bi alaimhim wa lad dhollin (sampai akhir). Kebetulan saya yang tersemput nafas masa talaqi dengan ustaz tajwid minggu lepas, jadi ustaz tunjuk cara nak betulkan).

Kalau kita berhenti sebelum walad dhollin.. makna ayat itu tak tepat. Cuba semak erti/makna ayat tu/ semak di sini www.bicarasufi. com. an ‘amta… Baca betul betul. an- sebut huruf alif. amta sebut huruf ain, jangan baca ‘an amta atau ‘an ‘amta Sekianlah yang dapat dijawap. Jika ada yang nak menambah, silakan.

Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Salman bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu membenci bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, maka dia kafir.” (Hadis Riwayat Muslim)

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Assalamualaikum,

Saya tak nak komen perkara-perkara yang 1 – 7 kerana tidak punya info lanjut tentang “dakwaan” ini. Tetapi suka saya sentuh tentang perkara #8 berkenaan kadar harkat untuk kalimah AMIN tersebut.

Sukuan MIN jika mengikut Riwayat Hafsh (riwayat yang umumnya digunakan di Malaysia) perlu dibaca pada kadar harkat 2, 4 atau 6 kerana ianya tertakluk di bawah hukum Mad Arid Lisukun semasa waqaf.

Moralnya di sini suka saya mengajak rakan-rakan semua belajar ilmu membaca al-Quran (makhraj huruf, suara, tajwid dan lain-lain) dengan betul dan berguru. Walau pun belajar ilmu Tajwid ini hukumnya Fardu Kifayah… tetapi yakin dan percayalah tanpa ilmu membaca al-Quran kita tak akan dapat membaca dengan betul dan tepat.

Sedangkan membaca al-Quran dengan cara yang betul hukumnya WAJIB.

Kalau bacaan Al-Fatihah pun dah salah dari segi tajwid, makhraj huruf dan lain-lain… bagaimana kualiti solat kita? Fikir-fikirkanlah. ..

p/s: Kalau ada rakan-rakan di sekitar Senawang, N. Sembilan yang ingin mendalami ilmu membaca al-Quran bolehlah hubungi kami. Sebab kami pun pada masa ini sedang mendalaminya dengan bimbingan seorang guru yang merupakan bekas Qari N. Sembilan.

Nama Syaitan DalamAl-Fatihah

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita
tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan” !!!!

7) SIROTHOLLAZI. ……… … sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

WALLAHUALAM. …

12 November 2009

Sajak:Hakim

SAJAK HAKIM
Hakim,
kau lahirkan
bagaikan permata hijrah.
Hakim,
diri kau tetap
berada di pangkal jalan
yang penuh dengan percubaan.
Hakim,
kau melihat diri kau di cemuri
berbagai-bagai keanehan dunia
dengan penuh misteri.
Kau melihat gejala sosial
yang berlaku seperti ini,
contohnya
rempit,maksiat,pembunuhan,zina,
peperangan dan penindasan.
Inikah yang dikatakan generasi baru?
aku berfikir tidak.
Hakim,
engkaulah pewaris bangsa
yang pupus,
engkaulah di harapkan
pembelaan,
Bila suatu hari nanti
semasa balik dari
Mekah Al-mukarammah
kau akan melihat
dunia dengan penuh
kejayaan.

04 November 2009

BERHATI-HATI DENGAN FILEM '2012'


Selaku umat Islam kita seharusnya sedar bahawa kejadian akhir zaman atau lebih tepat dipanggil Hari Kiamat atau End of The Day sememangnya akan berlaku. Namun tahun 2012 seperti yang disebutkan dalam filem tersebut adalah bercanggah dengan kepercayaan kita sebagai umat Islam. Tarikh berlakunya kiamat adalah berada di bawah kekuasaan Allah S.W.T. dan tiada siapa pun mengetahuinya. Namun begitu berdasarkan fiksyen yang dipaparkan, saya akur bahawa gambaran kiamat sebenarnya adalah lebih dahsyat lagi. Gambaran fiksyen yang difilemkan mungkin hanya 0.01% sahaja.

Oleh kerana cerita tersebut sesuatu yang berbentuk mitos maka saya mengajak umat Islam menolak mitos tersebut. Namun dalam apa juga keadaan sekalipun, umat Islam mesti menyediakan bekalan untuk menghadapi Hari Kiamat yang tarikhnya berada dalam gengaman Allah S.W.T.

Sudahkah anda bersedia menghadapi Hari Kiamat ???


AMARAN :
UMAT ISLAM BOLEH MENONTON FILEM TERSEBUT TETAPI HARUSLAH MEMBETULKAN AKIDAH MENGENAI HARI KIAMAT TERLEBIH DAHULU. KANAK-KANAK HARUS MENDAPAT BIMBINGAN IBU BAPA TERLEBIH DAHULU.

01 November 2009

Pengalaman semasa pergi ke rumah Cikgu Ismail












Pada 25.10.2009, saya bersama adik saya, Muhammad Hamdi pergi ke rumah Cikgu Ismail tetapi saya menaiki bas tambang dengan hanya cuma dua orang hanya RM 2.50 setiap seorang.

Pada masa itu juga saya mendapat pengalaman bila saya setiap sekali telefon dengan dia, tetapi saya tunggu lama sampai saya ingin rasa nak berputus asa sampai adik saya nak balik tetapi dengan fikiran tajam, saya terus pergi masuk ke IOI mall dan pergi ke dalamnya dengan menunggu cikgu sampai datang.

Bila cikgu sampai di depan "bus stop" saya terkejut bila saya lihat kereta tak macam biasa.Kereta seperti kereta kancil dan masuk sahaja saya rasakan saya lihat Bandar Putra melihat rumah-rumah cantik bagai taman-taman syurga yang indah.

Bila saya sampai ke rumah cikgu semua penuh pokok pisang dan rumah bagaikan istana raja yang bersemayam di singgahsana.Sampai sana juga sempat makan-makan dengan cikgu waktu saya tak makan dari pagi tadi.

Semasa saya bercakap dengan dengan cikgu,saya bertanyakan tentang motor yang cikgu ingin di beli kepada saya.Pada itu juga, saya macam nak sampai hendak mengantuk sampai pukul 4:15 petang. Pada itu juga, saya di beri oleh sepasang baju dengan muatan tiga beg dan seutas pisang tanduk yang diberikan oleh cikgu.

Dan akhir sekali, saya dihantar oleh Cikgu Ismail ke Kampung Sri Paya sampai ke dalam dan cikgu berkata pada saya yang semua rumah saya di kelilingi pokok tebu.